Rabu, 05 Oktober 2011

AGATE (AKIK) Agate (disebut sebagai aked atau akik) (SiO2) adalah sejenis mineral yang lebih merupakan campuran dan sebatian beberapa bahan silika (kebanyakannya quartz) yang biasanya merupakan varieti chalcedony kerana sifat kristalnya yang halus (mikrohabluran). Chalcedony boleh didapati dalam bentuk lutsinar atau separa lutsinar dan mempunyai campuran pelbagai warna. Biasanya mempunyai warna putih, kelabu, biru, coklat, oren, emas dan kadangkala hitam. Juga didapati dalam warna merah yang dikenali sebagai carnelian dan hijau (daripada campuran nikel oksida) yang dikenali sebagai chrysoprase. Prase berwarna hijau pucat, onyx berwarna hitam dengan belang keputihan, plasma berwarna hijau pekat dan kadangkala dijumpai dengan campuran jasper yang berwarna merah dan dikenali sebagai heliotrope (sejenis bloodstone kerana warna tompok kemerahan seperti darah). Flint juga merupakan keluarga chalcedony. Selain itu, delessite (sejenis sebatian besi, Fe) pada agate memberikan warna hijau seakan-akan warna lumut (juga dikenali sebagai akik lumut). Agate (achates) berasal dari perkataan Sungai Achates yang terdapat di Drillo, di Sicily dimana batu agate berwarna pertama dijumpai kira-kira 3000 tahun lampau. Agate disebut sebagai "aqaq" atau "agag" oleh orang Parsi. Agate biasanya terjadi akibat daripada penyejukan lahar gunung berapi yang terdiri daripada silika (silikon). Lahar ini menyejuk dan kemudiannya wujud sebagai nodul yang memenuhi ruangan dalam batu gunung berapi. Selain itu, agate juga sering dijumpai dalam batuan metamorfik. Agate biasanya mempunyai lapisan (layer) yang menarik. Juga dikenali sebagai banded agate, riband agate dan striped agate. Satu pengkelasan bagi agate dibuat bagi memudahkan pengecaman dibuat dan membezakannya dengan chalcedony. Sifat agate ialah: • Agate biasanya disifatkan sebagai batu chalcedony yang mempunyai struktur jalur atau struktur warna yang berbeza-beza ataupun kedua-duanya sekali; • Mempunyai pelbagai warna dan separa transparent (translucent); • Translucent dengan bentuk nodul dan mempunyai inclusion berwarna. Agate secara teknikalnya perlu mempunyai sifat berbelang dan/atau bercorak atau mempunyai warna yang pelbagai atau kedua-duanya sekali. Agate merupakan batu yang unik kerana kepelbagaian corak dan bentuk. Di dalam pembentukan batu agate secara semulajadi, silika di dalam larva juga memerangkap beberapa jenis mineral lain seperti chalcedony, quartz dan drusy. Variasi agate juga dipercayai terjadi kerana air yang terperangkap di dalam batu tersebut terkeluar secara permeluapan akibat tekanan haba yang sangat tinggi. Hasilnya, batu agate mempunyai rongga dan corak yang sangat menarik. Kekerasan agate berada di dalam nilai 7 hingga 9 pada skala Mohs. Agate dikenali dan diberi nama berdasarkan warna dan corak. Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, terdapat banyak warna pada agate. Agate Mexico yang menunjukkan satu "mata" dikenali sebagai cyclops agate. Dendritic agate mempunyai bentuk corak seperti seperti paku palkis (fern) yang berwarna hijau keemasan yang terjadi akibat daripada campuran manganese dan besi dan turut juga dikenali sebagai Moss agate. Turritella agate terjadi daripada fosil cengkerang turritella (sejenis hidupan laut seperti siput yang hidup kira-kira 150 juta tahun lampau). Agate yang terjadi daripada coral biasanya dinamakan Petoskey agate. Agate pelangi (sejenis aked yang paling sukar ditemui) mempunyai lapisan campuran opal, jasper atau quartz semasa proses kejadiannya. Selain itu, terdapat pelbagai jenis aked lagi seperti Carnelian agate (mempunyai ton warna yang berwarna merah), Bostwana agate (berwarna biru), Plume agate (berwarna seperti buah plum), Tube agate (lutsinar), Fire agate (berwarna seperti opal) dan Mexican crazy-lace agate (berwarna cerah dengan corak yang sangat kompleks).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar